Monday 13 March 2017

ZIKIR MUNAJAT PENAWAR HATI

 

 

 

 

ZIKIR MUNAJAT PENAWAR HATI

Amalkan Diri Anda Dengan Berzikir Pada Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca, marilah kita semua memujuk diri kita untuk memperbanyakkan amal kebaikan seperti zikir. Apa itu zikir yang anda faham? Zikir adalah mengingati dan memuji Allah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Nya dengan cara zahir mahupun batin. Amalan zikir boleh dilakukan melalui pelbagai cara samada perbuatan, percakapan, berfikir dan sebagainya yang pasti diri kita tertumpu untuk mengingati dan memuji Allah S.W.T. Seperti mana juga solat adalah salah satu cara kita berzikir kepada Allah kerana dalam solat terdapat pelbagai bacaan yang mengingati dan memuji kebesaran Allah S.W.T.

 
Sesungguhnya Aku adalah Allah! Tidak ada Tuhan melainkan Aku! Dan dirikanlah sembahyang bagi mengingati Aku! (Ayat 14 : Surah Taha )

Walau bagaimanapun, para ulama telah merangka pelbagai cara untuk memudahkan orang awam dalam mendekatkan diri pada Allah S.W.T.  Dalam memudahkan orang ramai para ulama telah merumuskan satu bentuk zikir yang dikenali sebagai zikir munajat. Zikir munajat ini mengandungi pelbagai jenis ayat yang memuji kebesaran yang Maha Pencipta dan ia juga senang untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Setiap orang boleh mengamalkan zikir ini pada bila-bila masa dan dimana sahaja untuk mendekatkan diri pada Allah S.W.T.

Oleh itu, kita semua seharusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian dan sebarkan kepada kawan-kawan kita untuk kebaikan bersama.

Zikir Munajat 1

 

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah

oleh itu amalkan zikir munajat 
 

No comments:

Post a Comment