Saturday, 11 March 2017

MARI BERISTIGHFAR SETIAP HARI




                                           MARI BERISTIGHFAR SETIAP HARI

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi membaca cerita ini. Moga menjadi manfaat kepada semua.
insya Allah. Saya peminat pembaca tentang ilmu agama.. Saya nak share cerita yang mungkin anda dengar atau tidak. Terdetik hati ini untuk berkongsi satu kisah mengenai Penjual roti dan Imam Hanbali. Kisahnya begini.

Imam Ahmad bin Hanbal ra (murid Imam Syafi’i) dikenal juga sebagai Imam Hanbali. Dimasa akhir hidup, beliau bercerita, “satu waktu (ketika saya sudah berusia) saya tidak tahu kenapa ingin sekali menuju ke salah satu kota di Irak,”.

Padahal tiada janji untuk bertemu orang dan tiada hajat. Akhirnya Imam Ahmad pergi sendiri menuju ke kota Bashrah. Beliau bercerita “saat tiba disana waktu Isya’, saya ikut solat berjemaah isya’ di masjid, hati saya merasa tenang, kemudian saya ingin istirehat”. Selesai solat dan jamaah bersurai, imam Ahmad ingin tidur di masjid, tiba-tiba penjaga masjid datang menemui imam Ahmad sambil bertanya “kenapa syaikh, buat apa disini?”.

Penjaga masjid tidak mengetahui bahawa, yang dihadapainya adalah seorang ulama besar. Sementara Imam Ahmad juga tidak ingin memperkenalkan diri kepadanya. Imam Ahmad diusir keluar. Beliau keluar dan berpindah ke teras masjid dengan niat beristirahat di luar masjid itu. Namun penjaga masjid tetap mengusir beliau secara kasar dan bahkan sampai menarik beliau ke jalanan.

Imam Ahmad sedang berjalan lalu ternampak penjual roti (ada rumah kecil untuk membuat dan menjual roti). Penjual roti ini sedang membuat roti, sambil melihat kejadian imam Ahmad diusir keluar oleh penjaga masjid tadi. Penjual roti itu memanggil dari jauh “mari syaikh, anda boleh menginap di tempat saya”

Kata imam Ahmad “baik”. Imam Ahmad masuk ke rumahnya, duduk dibelakang penjual roti yang sedang membuat roti (dengan tidak memperkenalkan siapa dirinya, hanya beritahu sebagai musafir). Penjual roti ade sifatnya yang tersendiri, kalau imam Ahmad bertanya soalan, dia akan jawab sepatah. Kalau tidak, dia akan terus membuat roti sambil melafazkan istighfar, Astaghfirullah. Saat meletakkan garam astaghfirullah, memecahkan telur astaghfirullah, mencampur gandum astaghfirullah. Selalu mengucap istighfar.

Imam Ahmad memperhatikan penjual roti itu. Lalu imam Ahmad bertanya “sudah berapa lama kamu menjual roti?”. Orang itu menjawab “dah lama syaikh, saya menjual roti sudah 30 tahun”. Imam Ahmad bertanya “apa hasil dari perbuatan (istighfar) ini?”, penjual roti itu menjawab “setiap kali saya berhajat, Allah pasti akan kabulkan, semua yang saya minta, akan diterima oleh Allah” (memang Nabi saw pernah bersabda :”siapa yang menjaga istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar baginya dari semua masalah dan Allah akan berikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya). Penjual roti berkata “semua dikabulkan Allah kecuali satu, ade satu yang belum Allah kabulkan”.

Imam Ahmad bertanya “apa dia?”. Penjual roti berkata “saya minta kepada Allah supaya dipertemukan dengan imam Ahmad”. imam Ahmad bertakbir, “Allahuakbar, Allah telah mendatangkan saya jauh dari Bagdad pergi ke Bashrah dan sampai diusir keluar dari masjid ke jalanan kerana istighfarmu” (penjual roti terperanjat, memuji Allah, ternyata yang di depannya adalah Imam Ahmad).

Begitulaa kisahnyaa. Minta apa saja pada Allah. Allah akan tunaikan pada waktu yang tepat. Sabar. Rezeki tidak akan tersalah alamat. Mulai hari ini, mari sama sama kita istiqamah untuk sentiasa ber-istighfar. Moga kita istiqamah.

“Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)

#kesimpulanya banyakkan istihgfar kerana ianya membawa beribu kebaikan dan menjauhkan keburukkan.

No comments:

Post a Comment