SEKIRANYA ADA KESALAHAN PENDAPAT, MOHON KOMEN KERANA SEBAGAI MANUSIA SAYA JUGA TIDAK PERNAH LARI DARI KESILAPAN.
Monday, 13 March 2017
10 surah yang boleh diamalkan
10 SURAH YANG BOLEH BOLEH MENCEGAH SEPULUH PERKARA MUNGKAR.
1 - Surah al-Faatihah (cegah kemarahan allah )
2 - Surah Yaasiin ( cegah kehausan di hari akhirat )
3 - Surah ad- Dhukhaan ( cegah kesusahan di hari akhirat )
4 - Surah al - Waqiah ( cegah kefakiran )
5 - Surah al - Mulk (cegah siksa kubur )
6 - Surah al Kautsar ( cegah permusuhan )
7 - Surah al Kaafiruun ( cegah kekufuran ketika dicabutkan roh )
8 - Surah al-Ikhlaas ( cegah kemunafikan )
9 - Surah al-Falaq ( cegah dengki dengan manusia lain )
10-Surah an-Naas ( cegah was - was )
#SEMOGA MANFAAT KEPADA SEMUA
ZIKIR MUNAJAT PENAWAR HATI
ZIKIR MUNAJAT PENAWAR HATI
Amalkan Diri Anda Dengan Berzikir Pada Allah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca, marilah kita semua memujuk diri kita untuk
memperbanyakkan amal kebaikan seperti zikir. Apa itu zikir yang anda
faham? Zikir adalah mengingati dan memuji Allah bertujuan untuk
mendekatkan diri kepada Nya dengan cara zahir mahupun batin. Amalan
zikir boleh dilakukan melalui pelbagai cara samada perbuatan,
percakapan, berfikir dan sebagainya yang pasti diri kita tertumpu untuk
mengingati dan memuji Allah S.W.T. Seperti mana juga solat adalah salah
satu cara kita berzikir kepada Allah kerana dalam solat terdapat
pelbagai bacaan yang mengingati dan memuji kebesaran Allah S.W.T.
Sesungguhnya Aku adalah Allah! Tidak ada Tuhan melainkan Aku! Dan dirikanlah sembahyang bagi mengingati Aku! (Ayat 14 : Surah Taha )
Walau bagaimanapun, para ulama telah
merangka pelbagai cara untuk memudahkan orang awam dalam mendekatkan
diri pada Allah S.W.T. Dalam memudahkan orang ramai para ulama telah
merumuskan satu bentuk zikir yang dikenali sebagai zikir munajat. Zikir
munajat ini mengandungi pelbagai jenis ayat yang memuji kebesaran yang
Maha Pencipta dan ia juga senang untuk diamalkan dalam kehidupan
seharian kita. Setiap orang boleh mengamalkan zikir ini pada bila-bila
masa dan dimana sahaja untuk mendekatkan diri pada Allah S.W.T.
Oleh itu, kita semua seharusnya
mengamalkannya dalam kehidupan seharian dan sebarkan kepada kawan-kawan
kita untuk kebaikan bersama.
Zikir Munajat 1
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah
oleh itu amalkan zikir munajat
Saturday, 11 March 2017
"Subuh Yang Indah"
"Subuh Yang Hilang"
(Puisi Moden)
Subuh hadirnya di hening pagi..
Waktu Aku sedang dibuai mimpi,
Bila dikejut beranggapan masih awal lagi.
Kenapa hadirmu ketika belum terbit mentari.?
Hebatnya kau tak pernah jemu datang setiap pagi.
Subuh itu tidak ada masalah
Cuma nak jumpa kau tu ada sedikit payah.
Liatnya nak bangun memang susah.
Mungkin sebab ikatan tali syaitan buat aku lemah,
Sebenarnya diri sendiri yang perlu dipersalah..
Sebab perangai aku yang macam sampah.
Subuh Mohon jangan pergi.
Tanpamu sukar bagiku peroleh rezeki .
Dua rakaat sebelum subuh ibarat dapat dunia dan isinya sekali,
Perginya engkau kemana tempatku bergantung lagi,
Aku harap kau sentiasa datang setiap hari.
Hilangnya kau ketika itu aku akan tergolong dalam manusia yang rugi .
Kau yang hilang pasti tiada ganti.
"Subuh Aku Mohon Jangan Pergi"
#kesimpulanya bangunlah dirimu,isterimu, anakmu atau keluargamu untuk solat berjemaah bersama kerana ianya dapat memelihara dirimu dan keluarga dari bala bencana dan membuka pintu rezeki.
MARI BERISTIGHFAR SETIAP HARI
MARI BERISTIGHFAR SETIAP HARI
Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi membaca cerita ini. Moga
menjadi manfaat kepada semua.
insya Allah. Saya peminat pembaca tentang ilmu agama.. Saya nak share cerita yang mungkin anda dengar atau tidak. Terdetik hati ini untuk berkongsi satu kisah
mengenai Penjual roti dan Imam Hanbali. Kisahnya begini.
Imam Ahmad bin Hanbal ra (murid Imam Syafi’i) dikenal juga sebagai
Imam Hanbali. Dimasa akhir hidup, beliau bercerita, “satu waktu (ketika
saya sudah berusia) saya tidak tahu kenapa ingin sekali menuju ke salah
satu kota di Irak,”.
Padahal tiada janji untuk bertemu orang dan tiada hajat. Akhirnya
Imam Ahmad pergi sendiri menuju ke kota Bashrah. Beliau bercerita “saat
tiba disana waktu Isya’, saya ikut solat berjemaah isya’ di masjid, hati
saya merasa tenang, kemudian saya ingin istirehat”. Selesai solat dan
jamaah bersurai, imam Ahmad ingin tidur di masjid, tiba-tiba penjaga
masjid datang menemui imam Ahmad sambil bertanya “kenapa syaikh, buat
apa disini?”.
Penjaga masjid tidak mengetahui bahawa, yang dihadapainya adalah
seorang ulama besar. Sementara Imam Ahmad juga tidak ingin
memperkenalkan diri kepadanya. Imam Ahmad diusir keluar. Beliau keluar
dan berpindah ke teras masjid dengan niat beristirahat di luar masjid
itu. Namun penjaga masjid tetap mengusir beliau secara kasar dan bahkan
sampai menarik beliau ke jalanan.
Imam Ahmad sedang berjalan lalu ternampak penjual roti (ada rumah
kecil untuk membuat dan menjual roti). Penjual roti ini sedang membuat
roti, sambil melihat kejadian imam Ahmad diusir keluar oleh penjaga
masjid tadi. Penjual roti itu memanggil dari jauh “mari syaikh, anda
boleh menginap di tempat saya”
Kata imam Ahmad “baik”. Imam Ahmad masuk ke rumahnya, duduk
dibelakang penjual roti yang sedang membuat roti (dengan tidak
memperkenalkan siapa dirinya, hanya beritahu sebagai musafir). Penjual
roti ade sifatnya yang tersendiri, kalau imam Ahmad bertanya soalan, dia
akan jawab sepatah. Kalau tidak, dia akan terus membuat roti sambil
melafazkan istighfar, Astaghfirullah. Saat meletakkan garam
astaghfirullah, memecahkan telur astaghfirullah, mencampur gandum
astaghfirullah. Selalu mengucap istighfar.
Imam Ahmad memperhatikan penjual roti itu. Lalu imam Ahmad bertanya
“sudah berapa lama kamu menjual roti?”. Orang itu menjawab “dah lama
syaikh, saya menjual roti sudah 30 tahun”. Imam Ahmad bertanya “apa
hasil dari perbuatan (istighfar) ini?”, penjual roti itu menjawab
“setiap kali saya berhajat, Allah pasti akan kabulkan, semua yang saya
minta, akan diterima oleh Allah” (memang Nabi saw pernah bersabda
:”siapa yang menjaga istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar
baginya dari semua masalah dan Allah akan berikan rezeki dari jalan yang
tidak disangka-sangkanya). Penjual roti berkata “semua dikabulkan Allah
kecuali satu, ade satu yang belum Allah kabulkan”.
Imam Ahmad bertanya “apa dia?”. Penjual roti berkata “saya minta
kepada Allah supaya dipertemukan dengan imam Ahmad”. imam Ahmad
bertakbir, “Allahuakbar, Allah telah mendatangkan saya jauh dari Bagdad
pergi ke Bashrah dan sampai diusir keluar dari masjid ke jalanan kerana
istighfarmu” (penjual roti terperanjat, memuji Allah, ternyata yang di
depannya adalah Imam Ahmad).
Begitulaa kisahnyaa. Minta apa saja pada Allah. Allah akan tunaikan
pada waktu yang tepat. Sabar. Rezeki tidak akan tersalah alamat. Mulai
hari ini, mari sama sama kita istiqamah untuk sentiasa ber-istighfar.
Moga kita istiqamah.
“Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah
amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya
sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)
#kesimpulanya banyakkan istihgfar kerana ianya membawa beribu kebaikan dan menjauhkan keburukkan.
MARI BERSAMA TENANGKAN HATI DAN TENANGKAN JIWA..
MARI BERSAMA TENANGKAN HATI DAN TENANGKAN JIWA...
10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KAUSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
#RAWATLAH HATI KITA DEMI MEMBENTUK KITA MENJADI SEORANG INSAN YANG BERIMAN DAN BERTAQWA.
Subscribe to:
Posts (Atom)