Perjalanan Sang "Gallus Gallus Domesticus".
Suatu hari, Sang Jalak pergi ke sebuah lopak air yang jernih. Sang Jalak mula terpandang akan wajahnya disebalik lopak air. Sang Jalak merasakan bahawa dirinya merupakan "Gallus" yang segak dan bijaksana. Namun, Sang Jalak kurang digemari oleh sahabatnya kerana sikapnya yang ujub.
Suatu hari, Sang Jalak pergi ke sebuah lopak air yang jernih. Sang Jalak mula terpandang akan wajahnya disebalik lopak air. Sang Jalak merasakan bahawa dirinya merupakan "Gallus" yang segak dan bijaksana. Namun, Sang Jalak kurang digemari oleh sahabatnya kerana sikapnya yang ujub.
Sang Jalak dikenali kanak kanak yang angkuh. Ini kerana, lantaran sikapnya yang sering mengagumi diri sendiri. Sang Jalak sangat taksub akan kecantikan bulu yang tersegam indah pada tubuhnya. Hijau kehitaman serta berkilat warna ekor sisir semestinya menjadi suatu tarikan yang mengoda.
Suatu hari, Sang Jalak berjalan menuju ke sebuah kawasan larangan. Kawasan tersebut dikenali sebagai Lembah Pujangga Batik. Sang Jalak yang masih berbangga akan kecantikan bulunya mula menuju ke lembah tersebut. Beliau ke Lembah Pujangga Batik untuk mencari penawar supaya kecantikanya tidak akan hilang.
ZESSS! ZESSS! ZESSS!
"Apa hajatmu kesini wahai budak?"
"Masyallah!!! terkejut saya katanya Sang Jalak".
"Aku Sang Batik. Aku merupakan penjaga disini. Kenapa kamu kesini?"
"Aku kesini mencari penawar supaya bulu aku ini sentiasa cantik sampai bila-bila kata Sang Jalak".
"Aku mampu menolong kamu. Hahahaha"
Tiba-tiba Sang Jalak teringat kata ibu bapanya supaya tidak mendekati orang yang tidak dikenali. Namun, Sang Jalak cuba memberanikan diri untuk mendengar apa yang ini diperkatakan oleh Sang Batik. Sang Batik meneruskan perbualanya dengan Sang Jalak.
"Aku mampu membantumu".
Begini tutuplah matamu dan sebutkan mentera ini.
"Teka tekuk buka pintu,
Ambil tukul ketuk paku,
Ayam itik kerbau lembu,
itu semua makanan aku".
Sang Jalak terkejut setelah mendengar mentera dari Sang Batik lalu dia gelisah dan takut.Tiba-tiba Sang Jalak terpandang sebatang kayu yang bulat dan pajang sejengkal di sebelahnya. Sang Jalak mula berfikir cara untuk memasukkan sesuatu dalam mulut Sang Batik. Ini kerana, mentera itu bukan mentera sebaliknya kata-kata bahawa dia ini makanan Sang Batik.
Maka Sang Jalak mula membaca mentera tersebut.
"Teka tekuk buka pintu,
Ambil tukul ketuk paku,
Ayam itik kerbau lembu,
itu semua makanan aku.".
Zapp!!!
Sang Batik menyambar Sang Jalak namun ketangkasannya berjaya memasukan kayu tersebut dalam mulut Sang Batik. Namun seketika, Sang Batik datang dari belakang menggunakan ekornya untuk cuba membelit Sang Jalak. Sang Jalak terpadang lalu dia cuba untuk lari selaju yang boleh dan masuk dalam semak berhampiran. Sang Jalak menyorak dalam semak untuk melindungi dirinya.
Tiba-tiba!!!
Sang Batik mendekati tempat Sang Jalak dan meludahkan kayu didalam mulutnya. Sang batik berkata...
"Aku tahu engkau disini, lebih baik engkau keluar sebelum aku seksa engkau lagi dasyat". kata Sang Batik.
Sang Jalak mula cemas dan teringat ibunya pernah mencerikan kepadanya bahawa ular mempunyai deria pengesan yang baik. Sang Jalak mula ketakutan lalu dia mula berdoa supaya diselamatkan. Sang Jalak mengumpul seluruh kudratnya untuk keluar dan berlari selajunya untuk selamatkan dirinya. Akhirnya, Sang Jalak keluar dan berlari pantas dan meninggalkan kawan Lembah Pujangga Batik. Sang jalak bersyukur dan gembira. Sang Jalak berjanji selepas ini dia tidak akan sombong dan degil lagi.
Selepas dari peristiwa itu, Sang Jalak sentiasa membantu ibu bapanya di rumah. Sang jalak mula menjadi anak yang soleh. Dia sering bertanya dan menceritakan masalah yang dihadapi kepada ibu bapanya. Kini Sang Jalak hidup dengan bahagia.
(Sunyor, 24/9/2018)
-SEBARANG KOMEN DIALU-ALUKAN
-SAYA HANYA BARU BELAJAR MENCEBURI BIDANG PENULISAN
-SEBARANG PENAMBAHBAIKAN DIALUKAN
-TEGURAN/NASIHAT/PANDANGAN JUGA DIALUKAN